Wednesday, 1 February 2017

Leader leads.

Assalamualaikum !

Hari ni nak throwback zaman muda2.😎

Ceh. Bunyi tu macam aku dah umur 60 tahun.

Kita imbas kembali zaman2 aku jadi headgirl yang tak berapa nak cool.
Tak berapa nak berjasa kat sekolah.
Tak berapa nak hebat sangat.

Tapi aku cuba.




Jarang ketua pengawas dipilih dari kalangan perempuan2 yang lemah kuat macam aku. Haha.

Ya lah. You know , man leads better than woman.

Tapi , kenapa aku dipilih?
Mungkin rezeki aku untuk dapat sijil KP.
Mungkin rezeki aku untuk rasa pengalaman ni.
Atau mungkin.
Nasib malang aku untuk pikul tanggungjawab2 besar.(xde lah besar sangat kalau nak dibandingkan dengan Perdana Menteri tu)
Nasib malang aku untuk buat muka tebal setiap kali kena marah or bagi speech depan orang.
Atau mungkin.
Sebagai satu platform untuk aku perbaiki diri.
Sebagai satu alternatif untuk aku asah bakat.
Sebagai satu kenangan terindah untuk diceritakan dekat anak2 cucu.


Entah yang mana satu.

Asbab lain aku dipilih ialah , organisasi pengawas tahun aku tu kekurangan leader lelaki. Huisshhh , malu nak cakap tapi tu lah. Fakta. Jadi cikgu pejam mata , ambil perempuan lemah dan lembik gagah dan perkasa ni , untuk jadi headgirlπŸ˜‘

Bangkitlah kaum lelaki , bakal2 imam , bakal2 ketua keluarga , sebab makin banyak sekarang ni perempuan yang kuasai pucuk pimpinan sesuatu organisasi.

Jadi aku terima.
Yah , memang sifat aku untuk cuba benda baru.. Walaupun tahu yang diri sendiri tak layak. Sob3😒

Sepanjang aku jadi KP , aku sentiasa akan sentap kalau anak2 buah kena marah dekat cikgu.
Entah. Rasa macam diri aku tak berguna. Rasa macam aku dah jadi seorang ketua yang gagal.
Banyak lagi kenangan dan pengalaman , tapi tak perlu nak kongsi semua kot , sebab aku letih nak menaip ,  aku tahu korang letih nak baca.

Aku nak share tak banyak , hanya 3 perkara utama yang aku belajar sepanjang jadi KP.

1. What you say is what you do.

Malu. Malu dan rasa bersalah tu datang sendiri bila kita buat perkara yang tak elok , like datang sekolah lambat? Langgar peraturan sekolah? Tak pakai namecard pengawas?😣😣 .... Haha yelah , kita suruh orang datang awal , ikut peraturan sekolah , siap saman lagi pengawas2 yang tak pakai namecard. Jadi takkan kita nak jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus? . Jadi bila dah jadi KP , gerak geri diperhati. Jadi kena berhati hati , bila terbuat salah , pandai2 cover , jangan bagi anak buah nampak. Tak pasal tunjuk contoh yang buruk. Silap sekali sekala , biasalah tu , manusia.


2. Soft but strict .

A good leader is someone yang tegasnya tidak dibenci , baiknya tidak ditindas. (pinjam ayat teamusrahlegend)
Biar kita jadi orang yang boleh dibuat kawan tapi , tak mudah dipijak oleh orang. Yang ni susah , tapi kalau boleh buat , memang kawan2 sendiri akan rasa segan untuk buat salah depan kita.
Bila berdepan dengan anak2 buah , adil tu penting. Jangan berat sebelah. Nanti kacau. Respect diorang akan hilang.
Aku pun tak pandai sangat nak handle tips ni , kalau korang boleh buat , ni tanda hormat dari akuπŸ™‹. Ceh😏

3. Handle everything with wise mind , not emotions. (highlighted to the headgirl).

Pernah sekali aku marah dekat budak2 nakal atas koridor (InsyaAllah sekarang dah tak nakal). Marah teruk. Habis keluar suara2 lelaki kasar aku. Sudah nya , air mata aku yang jatuh , sebab kesal dengan diri sendiri , tak pandai kawal emosi.
Kesabaran yang amat tinggi diperlukan bila berhadapan dengan situasi genting , terutamanya berhadapan dengan pelajar2 yang agak liat untuk ikut peraturan sekolah. Yalah dah besar2 kan...
Lain lah budak tadika , aku ugut nak letak dalam stor , dah diam tak bersuara.. Innocent betul budak2 kecil ni...
Jadi , " apa yang penting?"
"kerjasama!!  Kesabaran!!"

Conclusion :
Semakin besar pangkat , semakin besarlah tanggungjawab , semakin banyak lah yang kena disoal diakhirat kelak. Kalau jadi pemimpin yang baik , semakin bertambahlah pahala , semakin tinggilah darjat di alam sana.

Kalau tak mampu jadi yang terbaik.
Cuba untuk jadi yang terbaik.
Tak pa , asal cuba dan tak berputus asa.

Kita dah buat yang habis baik .. Orang nak benci , terserah. Dimana mana ada saja yang tak berpuas hati .. Tugas kita , buat biar Allah puas hati. Manusia? Nombor 2.

"aku terima amanah ini , sebab aku nak baiki diri , sebelum aku baiki ummah"
Kita amalkan ini pun dah cukup .



(setinggi-tinggi penghargaan buat Cikgu Selma yang banyak beri tunjuk ajar dekat aku sepanjang aku bertugas sebagai KP dibawah jagaannya)

Ok Bye, !




2 comments:

  1. duhh, aku tak tau nape rasa syahdu baca entry ni. selamat menempuh pengalaman & amanah baru yu :D <3

    ReplyDelete

Do say something here !! :) <3