Sunday, 8 January 2017

Lambaian kasih buat kali kedua


Assalamualaikum !

Hari ni ada majlis lambaian kasih untuk Ummi , pengetua SMK Long Ghafar 2 . Ummi terpaksa tukar ke SMK Genting.

Dan yang sedihnya , aku tak dapat pergi.

Kerja .

Sob3

Ni je gambar yang
sempat ambik. Ni masa buat video untuk  majlis reunion Ummi...
Pastu ummi belanja makan..πŸ˜‹πŸ˜‹



Well , she's inspiring.

Kalau kita nih sebagai student dia , kita dapat rasa kesungguhan beliau dalam nak tengok kita berjaya.
Beliau pernah kata 'once you are my students, you'll forever be my students.'

Kawan2 aku banyak yang cakap ,bila Ummi bagi motivation , memang menyerap ke lubuk hati.

Tenang je bila bercakap dengan beliau,
Selalu titipkan sentuhan agama untuk pelajar2 nya,
A person who is very down to earth.
And ,


Ibarat ibu lah bila di sekolah.
[cakap pasal ibu nih , aaa rindu ibu ku di Kelantan..😒😒😒 ]


Ni gambar masa majlis perpisahan Ummi... Anggap je macam aku ada kat celah2 tuhπŸ˜‘πŸ˜‘
Ummi tak sempat nak terima result spm ngn kami.... Tapi beliau selalu kata , 'doa Ummi akan sentiasa ada bersama U all..'
😊

Banyak kenangan yang terlakar tapi , tak dapat dicoretkan disini.

Biarlah ianya terlakar dihati ku ... Acece..πŸ˜†

Semoga pengetua baru SMK Long Ghafar 2 dapat meneruskan legasi dan melakar kecemerlangan yang berterusan buat pelajar2 LG2 ...walaupun saya tak pernah jumpa pengetua baru. Tapi tak pa , boleh jumpa nnti dpt resultπŸ˜‡
Yeahh,pengetua ketiga LG2 merangkap pengetua lelaki yang pertama buat sekolah Long Ghafar 2....

[daripada sekolah rendah , aku dapat pengetua perempuan je. Sorang je pengetua lelaki yang pernah aku dapat , tpi masa tu tak tahu pape , xsempat kenal , masa tu masih berhingusπŸ˜₯]
 

                                  Ok. Bye !😴







1 comment:

  1. Yuuuu, sy nak gambar masa buat video tu 😍

    ReplyDelete

Do say something here !! :) <3