Wednesday 3 February 2016

Lambaian Kasih buat Mantan Bonda Pengetua



MAJLIS PERPISAHAN DENGAN MANTAN BONDA PENGETUA <3


Dia lelah dan penat , 
namun aku tahu dia sembunyikan segala keringat,
Dia punya cita dan harapan,
namun aku tahu harapannya hanya untuk melihat kami raih kejayaaan.

Yang Berbahagia Datin Hajah Tuan Maznah bt Tuan Ibrahim, mantan pengetua SMK Long Ghafar 2.
ya ! beliaulah insan yang berpenat lelah dalam membangunkan SMK Long Ghafar 2 , dari tidak punya apa-apa kepada sebuah sekolah yang menuju puncak kejayaan.
Dalam masa 4 tahun bertugas dari 2012-2015 , beliau telah berjaya menjadikan sekolah kami antara sekolah yang berada di dalam tangga teratas bersama sekolah-sekolah kluster yang lain. Alhamdulillah. Semoga mantan bonda pengetua dapat meneruskan legasi kecemerlangan disekolah baharu beliau! :)


Majlis Lambaian Kasih,Januari 2016

bergambar bersama mantan bonda pengetua <3




penyampaian cenderahati kepada mantan bonda pengetua <3

Teks Ucapan Wakil Pelajar untuk Majlis Perpisahan Pengetua
So here ,aku sertakan sekali teks ucapan wakil pelajar untuk majlis perpisahan pengetua. I know some of you mesti tertanya-tanya untuk apa , right? IT IS BECAUSE , masa aku kena bagi ucapan wakil pelajar , aku search teks ni dalam pak cik google , and i found nothing!so,that's why aku lampirkan sekali , mana tau ada yang perlukannya , macam aku perlukannya dahulu....haha , kalau ada yang tak kena , terpaksalah korang edit2 sendiri.


Bismillahirahmanirahim , assalamualaikum wbt dan , salam sejahtera.
Terima kasih tuan pengacara majlis ,
Yang diraikan , Yang Berbahagia Datin Hajah Tuan Maznah bt. Tuan Ibrahim , mantan pengetua SMK Long Ghafar 2 ,
Yang berusaha , Puan Hajah Noor Azlina bt Omar , pengetua SMK Long Ghafar 2 ,
Yang berbahagia , Dato’ Haji Noordin bin Haji Awang , yang dipertua Persatuan Ibu Bapa dan guru SMK Long Ghafar 2 ,
Yang berusaha , barisan guru-guru penolong kanan , ketua-ketua bidang , kaunselor sekolah , seterusnya para guru serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Hadirin yang dihormati sekalian ,
Alhamdulillah , setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT , kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya , dapat kita bersama-sama lagi pada hari yang penuh bermakna ini sempena majlis perpisahan Yang Berbahagia Datin Hajah Tuan Maznah bt Tuan Ibrahim , mantan pengetua yang kita kasihi. Terlebih dahulu ribuan terima kasih saya ingin ucapkan kerana telah memberi kepercayaan kepada saya berucap mewakili para pelajar SMK Long Ghafar 2 di majlis yang penuh bermakna ini. Saya bagi pihak warga pelajar sekolah ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Datin Hajah Tuan Maznah kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita pada pagi ini walaupun sibuk dengan tugasan di sekolah baharu.

Jasamu dikenang,

budimu tak terbilang ,

semangatmu dijulang

kepimpinanmu gemilang.


Hadirin dan hadirat sekalian,
Sesungguhnya kami kehilangan seorang pengetua yang berwibawa , berjasa dan pemimpin yang berjiwa rakyat serta berkarisma. Kehilangan beliau amat dirasai oleh kami semua warga pelajar SMK Long Ghafar 2. Pastinya selepas ini , kami semua akan merindui Yang Berbahagia mantan pengetua. Dengan hati yang berat , perpisahan dengan mantan pengetua yang kami kasihi ini , kami relakan jua kerana sesungguhnya perancangan Allah itu melebihi segalanya. Semoga , InsyaAllah , hubungan ini tidak akan terhenti di sini dan akan terus berpanjangan.

Pada kesempatan ini , saya bagi pihak pelajar-pelajar SMK Long Ghafar 2 merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia mantan pengetua di atas sumbangan dan komitmen beliau sepanjang 4 tahun berkhidmat di SMK Long GHafar 2. Kami berdoa , semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada beliau , dipanjangkan usia , diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama , bangsa dan negara.

Warga SMK Long Ghafar 2 yang dikasihi sekalian,
Akhir sekali , sebelum saya mengundur diri , salam seribu kemaafan daripada saya , mewakili seluruh warga pelajar SMK Long Ghafar 2 sekiranya ada diantara kami yang telah mengguris hati bonda mantan pengetua. Semoga kemesraan yang terjalin tidak putus bahkan akan terus berkekalan dan semoga , kami warga pelajar SMK Long Ghafar 2 terus kekal dalam ingatan bonda mantan pengetua. Kami ucapan selamat maju jaya kepada Yang Berbahagia mantan pengetua SMK Long Ghafar 2 , semoga Yang Berbahagia mantan pengetua dapat meneruskan legasi kecemerlangan di sekolah baharu. Sebelum mengundur diri , izinkan saya titipkan serangkap patun ,
Raut wajah damai dan tenang ,

tiada terkalam kasih dijunjung,

jasa baktimu tetap dikenang,

budi baikmu tetap disanjung.


Sekian , assalamualaikum wbt.





okay that's all,bye!!!! <3

 related post by mimosa pudica:
(http://rentakhatiku123.blogspot.my/2016/01/bye-pengetua.html)





2 comments:

  1. Oit cik akak .. nape link blog i ade situ skali ?? -_- malu lh i .. you ni kan .. -_-#

    ReplyDelete
  2. eh ye ke ? ..xperasan....hhahahaha.....

    ReplyDelete

Do say something here !! :) <3