Uhuks! Setelah sekian lama jari jemariku tidak menari
nari di atas keyboard (selain buat
assignment of course). Dah lama rasanya tak berbicara dengan dunia blogger.
Alhamdulillah currently sedang menikmati sisa sisa terakhir cuti
tahun pertama, sebelum kaki melangkah semula ke medan jihad menuntut ilmu
dipersada indah Universiti Sains Malaysia, acewah.
Alhamdulillah lagi, untuk satu tahun dalam bidang pengajian
doktor pergigian yang sangat sangat ajar aku banyak benda, dari segi ilmu
pergigian tu sendiri, pengalaman, kejayaan, kegagalan, stress, bahagia, cukup
lengkap semua rencah-rencah rasa kehidupan yang aku kutip dan rasai sepanjang
satu tahun yang bagi aku agak bermakna.
Ringkas sahaja mahu berbicara kali ini (insyaAllah ringkas
aje geng, aku cuba untuk tak melalut k..aku cuba )
Usaha tangga kejayaan.
Kau jangan kata tak pernah dengar peribahasa ni ek. Aku rasa
dari sekolah rendah lagi kita dimomokkan dengan peribahasa ni. Hahaha.
Based on that wisdom, what do you understand?
Ramai yang anggap kalau kau usaha kau akan dapat.
Cuba kita tengok balik peribahasa tadi.
Usaha adalah tangga kejayaan, tapi adakah ia penentu
kejayaan?
Tidak.
Uishhhh ye kerrr? Jangan judge dulu.. baca dulu sampai
habis -.-
Aku pernah rasa bilamana aku usaha gila gila bagai nak rak,
kejar study sana sini weh (ye lah kita bukan geng gifted). Tak cukup tidur,
kadang tak ingat makan. Letih, penat,
hampir give up.
Tapi still, hasilnya lebih rendah dari yang disangka. Dan dari situ aku mula kenal erti kecewa.
Tapi still, hasilnya lebih rendah dari yang disangka. Dan dari situ aku mula kenal erti kecewa.
Aku jugak pernah rasa bilamana aku tak ambil serius pun
dalam usaha aku, usaha main-main, tak rasa penat pun, tak rasa berjihad pun,
namun aku dapat hasil yang gempak. Kadang, dapat lebih dari rakan sekeliling
yang aku rasa usaha mereka lagi banyak dari aku.
Aku pasti korang pun pernah rasa dua-dua situasi yang aku
pernah rasa ni.
Jadi based on those situations, adakah benar dengan usaha
kita sahaja, dapat menentukan kejayaan kita?
Aku tak salahkan korang untuk berpegang dengan prinsip man
jadda wa jada (siapa usaha, dia berjaya).
Aku bukan nak suruh korang stop usaha.
Aku cuma nak ajak korang (and future me) untuk faham suatu
yang lebih bermakna dari tu. Yang jauh lebih bermakna daripada mentaliti
‘dengan usaha kita mampu berjaya’.
Nak ajak untuk,
Untuk,
Untuk letak Allah dalam usaha kita,
Dengan itu aku yakin kau tak kan pernah kecewa.
Indahnya, bila kau mengerti kuasa Dia melebihi segala.
Hanya padaNya kau pinta semuanya.
Reda Dia, cita-cita utama.
Bagi aku kalau berpegang dengan prinsip dengan usaha pasti
berjaya, sepanjang perjalanan tu kau akan bersemangat sebab kau yakin dengan
usaha ni kau boleh berjaya, kau akan push semua benda untuk berjaya, tapi pada
penghujungnya kau akan jumpa antara dua benda, gembira atau kecewa.
Gembira bila kau berjaya dengan usaha.
Kecewa bila kau tak dapat apa yang kau damba.
Tapi bila kita mula letak Allah dalam usaha kita, sepanjang
perjalanan tu kita akan sentiasa bersemangat sebab kita tahu Allah sedang
tengok usaha kita, (dan of course Allah tak tengok saja, insyaAllah ada pahala
untuk usaha kita), pada penghujungnya pula kita akan jumpa sama ada syukur,
mahupun reda.
Syukur bila Allah bagi ganjaran direct atas usaha kita, kita dapat apa yang kita pinta.
Reda bila Allah kata, ini bukan masanya untuk kau dapat apa yang kau tengah usaha.
Nak ajak semua (terutamanya future me) untuk kita yakini,
kejayaan itu bukan dari usaha, tapi dari Dia, sebab dia yang menentukan
segalanya, Dia yang maha mengetahui yang mana baik dan yang mana lebih baik untuk
kita. Usaha? Hanya sebagai alat untuk kita dapat pahala. Andai kita benar-benar
memaknai, berusaha kerana Dia.
Bila kita usaha tanpa meletakkan Allah bersama, bimbang
dalam tidak sedar kita terjerumus dalam bertuhankan apa yang kita sedang
usahakan . Apa ni ? tak faham!
Contoh ; bila tengah study (study je lah aku dapat bagi
contoh sebab aku belum kerja, haha) kita pulun sungguh apa yang kita study,
sampai kita abaikan tanggungjawab kita dengan Allah. Pernah dengar study sampai
tinggal solat? Pernah dengar, sanggup sengkang mata bangun pagi-pagi untuk
study, tapi sikit pun tak terasa nak luangkan masa untuk bertahajud padaNya.
Pernah dengar, study sampai lupa batas ikhtilat dalam agama? Pernah dengar
study tapi tak hormat lecturer dan ibu bapa? Study, sampai LUPA KITA NI HAMBA
KEPADA ALLAH, bukan hamba kepada apa yang kita kejarkan itu!
Bila kita gagal capai apa yang kita kejarkan itu, kita mula merungut "kenapa aku masih gagal sedangkan aku dah usaha sebaik mungkin?" "kenapa orang tu berjaya, padahal aku rasa usaha aku lebih dari dia?''. Kenapa itu? Kenapa ini? dan yang lagi teruk andai kita mula mempersoalkan keadilan Allah dekat kita, ''Kenapa Allah tak adil, tak bagi aku hasil yang sepadan dengan usaha aku?'' نعوذ بالله من ذلك
Ya, barangkali benda-benda yang kita anggap kecil inilah
dalam tidak sedar kita bertuhankan apa yang kita kejarkan ini. Kita
meng’ilah’kan selain daripada Allah yang satu. نعوذ بالله من ذلك
Tak nak cakap tentang indahnya kejayaan yang kita raih saat
kita letak Allah dalam setiap usaha yang kita lakukan , tapi nak cakap tentang betapa
sebuah kegagalan itu menjadi suatu perkara yang indah bila kita tak lupa Allah
dalam gerak usaha kita.
Sebab apa jadi indah?
Sebab kita faham yang kita ni hamba, hanya mampu usaha, tapi
Allah yang berkuasa atas hasilnya. Kita faham setiap titik peluh kita adalah
saham pahala untuk akhirat sana walaupun apa yang kita impikan kat dunia ni
kita tak dapat. Kita faham yang Allah tak akan sia-siakan usaha kita keranaNya, dan
kita yakin yang Allah akan gantikan apa yang kita tak dapat tu dengan sesuatu
yang jauh lebih baik, kalau bukan disini, di akhirat sana. Pada akhirnya kita akan tetap tenang dengan segala ketentuanNya.
Bila kita mampu temui kebahagiaan dan ketenangan dalam
sebuah kegagalan, mungkin itulah salah satu makna sebuah kejayaan.
Tapi jangan lupa makna sebuah kejayaan yang sebenar,
Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan
carilah jalan yang (boleh) mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah pada
jalanNya supaya kamu mendapat kejayaan. Al-Quran[5:35].
Temui kejayaan dalam takwa mu kepada Allah.
Takwa? Ada apa pula disebalik takwa ?
Hmm insyaAllah, kita sambung lain kali pula ya ;)
moga entry ni sedikit sebanyak membawa kita kepada mentaliti yang lebih jelas tentang usaha,
Usaha tetap kena usaha!,
Tapi hasilnya bukan terletak pada banyaknya usaha,
Namun terletak pada kuasa dan kehendak Dia.
Bye semua <3
No comments:
Post a Comment
Do say something here !! :) <3