Monday 30 January 2017

๐ŸŽถCita-cita ku ,, menjadi orang kaya , hoi !๐ŸŽถ

Assalamualaikum !

Ohooooo , hoiiii~
Penat sudah aku nak jawab soalan yang kerap kali ditanya kepada pelajar2 lepasan SPM macam aku.

Nak sambung course apa?
Tak tau.
Cita-cita nak jadi apa?
Em , tak tau.
Apa nak jadi ngan kau ni , semua tak tau?
Emmmmm , tak tauu.




Hah !
Kadang2 ada lah jugak jawapan yang tak berapa nak ikhlas keluar.

Saya nak jadi pensyarah.๐Ÿ˜Ž

Esoknya ,
Saya nak jadi cikgu.๐Ÿ˜

Lusa ,
Saya nak jadi accountant. Eh tak2 ,sy xambik account.๐Ÿ˜…

Ada skali , jawapan paling dahsyat pernah aku bagi dengan muka penuh yakin , masa majlis graduasi MSU , untuk keputusan trial spm. Entah sape , aku tak kenal , orang besar MSU , yang in charge untuk sampaikan sijil kat students , tambah2 lagi sebelah dia masa tu ada pengetua aku. Sempat aje dia tnya aku atas pentas tu , kalau boleh lepas ni nak sambung apa? .
Aku pandang Ummi pengetua ,
Aku pandang dia balik ,
Pandangan sisi , lip lap lip lap flash camera,
Tak ke berdebar aku dibuatnya?
Aku pandang sijil aku , tangan dia belum lepaskan lagi sijil aku. Fuh~ terpaksa jawab.

"insyaAllah lepas ni nak ambik medic and nak jadi doktor"

Peh. Memang tak jujur. 100% tipu.

"ouh bagus , teruskan . Saya doakan kamu."

Dan aku turun pentas dengan muka innocent ๐Ÿ˜‘.
Mungkin masa ni kot aku disoal.๐Ÿ˜‚


Muka tak jujur.๐Ÿ™ƒ





๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ๐ŸŒธ
Kadang2 terfikir jugak , aku nak jadi apa sebenarnya. Bila fikir ikhlas dari lubuk hati , aku sebenarnya nak jadi orang kaya. Ya ! Orang kaya.
Orang kaya yang bagaimana ?

Kaya ilmu. Kuasai segala apa yang aku belajar. Tahu apa yang orang lain tak tahu. Kongsi ilmu dengan yang tak tahu.
Kalau jadi cikgu , jadi cikgu yang bukan hanya mengajar ikut silibus , tapi menjadi jendela dunia kepada students.
Kalau jadi doktor , jadi doktor yang arif tentang selok belok pelbagai jenis penyakit dan solution.
Kalau jadi fulltime housewife sekalipun , jadi housewife yang boleh buat pelbagai jenis masakan , boleh menjahit baju untuk family and many more.

Kaya harta. Bantu ibu , keluarga , masyarakat , and orang2 yang memerlukan supaya dapat bantu diri sendiri dekat akhirat dengan sedekah jariah. Kalau tak kaya harta , susah lah sikit hidup kat dunia ni , sebab everything needs money even money is not everything... Yah , its right to say that money is the root of all evil but its better to say that money is the root of 'SOME' evil.

Kaya pengalaman. Can travel all around the world . Lihat keindahan bumi dengan mata ,kepala ,hidung ,telinga ,kaki sendiri.Nak jadi orang yang banyak cuba benda baru. Ada pengalaman dalam setiap sudut. And of course perlu berani. Fuh.

Kaya budi bahasa. Sebab aku tengok ramai je yang kaya 3 benda diatas tapi , budi bahasa dan akhlak , hmm susah untuk dibicara.๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข . Nauzubillahiminzalik.

Kaya jiwa dan raga. Macam mana tuh? Selalu rasa tenang walau ada masalah ditempat kerja. Penyabar and terima qada' dan qadar.




Itu cita-cita aku.
Kalau ditakdirkan untuk jadi doktor, cikgu , pensyarah , pharmacist , cleaner , peniaga , buruh atau segala bnda kerja yang wujud kat dunia ni , aku nak jadi orang KAYA...
Kalau ditakdirkan suatu hari nanti , aku tak ada kerja sekalipun , aku nak capai cita2 aku untuk jadi orang kaya.
Memang susah. Tapi , insyaAllah , akan diusahakan.
Semoga dapat dicapai. Capai separuh pun alhamdulillah.



Kalau ada lagi yang tanya pasal cita2 , aku rasa aku nak direct nyanyi ,
๐ŸŽค๐ŸŽต cita-citaku ,, menjadi orang kaya , hoii! ๐ŸŽผ๐ŸŽผ

Amacam?

Ok , bye.

No comments:

Post a Comment

Do say something here !! :) <3